projek – dana maahad tahfiz nikmatillah

Maahad Tahfiz Nikmatillah & Masjid Tok Guru ( Pulau Melaka, Kelantan)

Assalamualaikum warahmatullah..

Terima kasih kepada anda yang sudi singgah di laman ARRAZI.COM.MY

Inisiatif pengeluaran Jus Doa Tok Guru (JDTG) ini adalah sebahagian daripada portfolio pengumpulan dana bagi pembinaan sebuah Maahad Tahfiz yang bertaraf pusat pendidikan di Kota Bharu, Kelantan. Maahad Tahfiz itu yang akan dikenali sebagai Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah adalah  merupakan kesinambungan dari Maahad Tahfiz & Pengajian al-Quran Nikmatillah yang telah pun beroperasi di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan sejak empat tahun yang lalu.

Melihat kepada potensi para pelajar dan perlunya pendidikan yang sebegini rupa, sekumpulan individu bersepakat untuk sama-sama mengumpul dana dan mencari penaja bagi membangunkan Maahad Tahfiz tersebut.  Hasil dari usaha yang berterusan, kini tapak tanah seluas 4 ekar di Lot 710, Mukim Tok Ku, Daerah Sering (Pulau Melaka), Jajahan Kota Bharu, Kelantan Darul Naim sudah bersedia untuk memulakan fasa awal pembinaan (SILA LIHAT PELAN TAPAK PEMBINAAN DI AKHIR MUKASURAT INI).

Mengambil kira kos pembinaan yang tentunya bukan sedikit, justeru kami ingin turut sama berganding bahu menjadikan jentera itu lebih kuat, maka ArRazi Marketing Sdn Bhd telah ditubuhkan untuk mempromosikan budaya membeli sambil menderma. Adalah dimaklumkan di sini bahawa  sebahagian dari hasil jualan bagi setiap botol jus  ini akan disumbangkan secara langsung kepada akaun dana tersebut.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama beramal jariah, semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini, rahmat Allah S.W.T akan sentiasa bersama-sama kita…AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

SELEPAS PROSES PENAMBUNAN - SILA KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR

PELAN TAPAK PEMBINAAN PROJEK MTIN

TAPAK PROJEK(KEADAAN ASAL) - SILA KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: